dari kosong hinggalah terisi,
sarat mengandung nampak otak ini,
dari fizik,sains,matematik segala matapelajaran semuanya di isi,
dengan kudrat mu kami mampu berdiri,
tugasmu bukan sekadar ingin mengaut gaji,
pelbagai ilmiah mahupun jati diri engkau beri,
supaya kami dapat berdikari,
walaupun senak ditelan hari demi hari.
karenah manusia bukan senang dijinakkan,
namun,semangat mu tak pernah mematahkan,
dari liat hingalah lentur engkau kerjakan,
alhamdulillah,hasil yang lumayan dibuahkan.
tak kira lama mahupun baru,
tetap mendidik tak kenal jemu,
supaya aku menjadi aku,
selamat hari guru wahai para guru.
Amirul Azis
Tiada ulasan:
Catat Ulasan