Ahad, 28 Julai 2013

"keluh"

jangan engkau keluhkan nasib yang tak menyebelahi diri,
kita lebih hebat jika asal usul sebegini,
tak pernah senang sejak mula dipimpin berdiri,
kalau berjaya di duniawi,
berbanggalah dengan diri,
tadah lah pada ilahi,
agar dimurahkan rezeki,
dijauhkan dari dimurkai

munafiklah kalau aku tak ingin bersenang lenang,
nak juga rasa diri ditimang timang,
bak sepelusuk kampung meraikan si pemenang,
mulus depegang,
enak dipandang,
jauh senasib dengan si tanggang,
walhal wanita yang menyusukannya pun ditendang,

namun sekiranya ditulis rencah hidup sebegini rupa,
apa boleh aku kata,
takan nak melutut,merungut depan si pencipta,
sebaliknya terima dan cuba selagi terdaya,

percayalah,Dia sayang kepada kita,
selagi mana kita tak berbuat celaka,
selagi  mana lidah keras dari mencela,
selagi mana diri tak dinodai dengan harta,
dan......
selagi itu juga aku disini,tanpa rungutan mahupun bermasam muka.

Amirul Azis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan