Selasa, 6 Ogos 2013

Jengukkan syawal

Ramadhan, kemana hala tuju mu,
sepelusuk manusia sebak berbaur rindu,
singgah la kejap jangan pergi dulu,
aku sememangya belum puas menelan ilmu

belum tentu masa mendatang kita dapat bersua sapa,
entah diizinkan atau tidak aku terus menapak di dunia,
kalau ya,nak saja aku lupakan sebentar asal usul budaya,
layanan aku hanya untuk ilmiah berunsur agama

ya aku sedar Syawal bakal menjelma,
tak manis aku meng anak tirikan nya,
raikanlah sebentar,walau diri diselimuti hiba,
justeru itu,aku mengucapkan selamat berhari raya,

sambutlah dengan penuh bersederhana,
usah di lupakan pada yang kurang upaya,
dari segi fizikal mahupun harta benda,
kerna kita tetap dalam label yang sama,iaitu Manusia.

Amirul Azis 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan