Selasa, 13 Ogos 2013

proses berkasih "kasihan"

kalau berbicara tentang hati ada untung ada rugi,
yang untungnya cuma di permulaan ketika segalanya bersemi,
wah enaknya menghirup cinta hingga lupa akan adanya diri,
kasihan si telefon bimbit dipaksa telan voltan tenaga bateri berulang kali,

kadang kadang timbul kehairanan dalam lubuk jiwa,
kita ni disantau ataupun sememangya alpa?,
aneh hingga tak terkata,
macam engkau dan aku saja yang ada di dunia,

tapi tak seronoklah kalau dijamu dengan untung bertalu talu,
ingat rugi ni tak ada perasaan cemburu?,
nak saja dia datang menjengguk sambil menggangu,
satu caranya dengan berbisik supaya jangan lupa pada erti jemu,

kini si telefon bimbit bukan lagi mangsa keadaan,
kerna tak disentuh justeru diabaikan,
yang indah semuanya tewas di tangan penderitaan,
kalau boleh seumur hidup nak bersendirian,
kasihan......

Amirul Azis

1 ulasan:

  1. kasihan, kerana terlalu bersujud pada kaki pemungkir janji
    kasihan, kerana menyangka itulah syurga yang digemburkan hati yang buta.

    kasihan, kerana aku juga pernah terkena.

    BalasPadam