Isnin, 24 Februari 2014

Sekawan Awan.

adakala aku bertanya sendiri,
siapakah yang setia,
antara Adam & Hawa,
antara akal dan nurani,
yang sekali turun ke bumi,

bukan unsur perasaan mahupun hati,
adegan itu aku kelaskan ke tepi,
kerna ia datang hanyalah sesekali,
sakit,dibalas dengan caci maki,
seronok,dibiar ditelan alpha duniawi,

selalu saja sajian bukan yang dimahukan,
yang dijanjikan tersisa di tengah jalan,
khabarnya dibawa pulang,

aku inginkan ketenangan,
tenang yang menyelirap ke seluruh badan,
kebal ditiup bisikan syaitan,
biarlah aku sendirian,
melihat telatah kelibat sekawan awan,
aku berteman.

Amirul Azis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan