Sabtu, 28 Jun 2014

"Manusia Separa Tuhan". (Bullshit)

oh negara,
masih adakah secebis budaya?,
wujud lagikah pertalian agama,?
yang dipupuk sejak sekian lama,
untuk kami dan segenap anak muda,
meletak sepenuh percaya,
dari segala tipu daya,
kerana kami kian curiga,
takut digada kepada Amerika.

oh manusia,
benarkah engkau dari spesis manusia?,
yang dijadikan oleh Maha Esa,
kerana engkau,manusia,
tak henti meludah cela ke muka,
bersifat celaka sesama kita,
tamak segala harta benda,

ya sekarang aku percaya,
itulah manusia,
manusia yang merasa empuk memeluk dunia.

Amirul Azis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan