Ahad, 3 Ogos 2014

Jari Tengah Untuk Pemikir Yang Fikir Ini Adalah Politik.

bukan niat ini nak mencelah,
aku tahu ada hati yang masih pasrah,
ada perasaan yang terus parah,
dengan adegan kapal terbang dibawa sembunyi,
dan anak kapal ditembak jatuh mati,

apa ini dirancang?atau ketentuan Si Pencipta,
supaya kita buka mata,
neutralkan balik deria rasa,
yang dunia ini bakal ditimpa malapetaka,
dek bodohnya segelintir manusia,

lupakan sebentar slogan demokrasi,
padamkan dulu sistem anarki,aristokrasi,demarki,
sebab aku rasa dah tak penting lagi,
buat kita masa kini,
diberi sedikit imbuhan terus mulut terkunci.

detik ini kita harus siap sedia,
dari segala kemungkinan yang bakal tiba,
kerna ini negara kita,
tanah tumpah darah buat sejagat rakyat Malaysia.

Amirul Azis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan