Rabu, 24 Disember 2014

Sepi Itu Pasti.

bidai itu aku selakkan,
sebaik terjaga dari lamunan,
gerimis hujan tiada kesan henti,
dipujuk perlahan rasa hati

buku buku berselerakkan,
dia atas ruang beradu,
memerhatikan setiap tingkah laku,
entah apa tertanam di pelusuk fikiran

puisi "rumahmu" pekikkan Aisyah Rais,
terus dimainkan berulang kali,
komputer riba menjadi penawar,
tatkala derunya rasa sunyi

suis lampu dipadamkan,
meninggalkan aku dalam kelam,
hanya ada cahaya mendung langit,
hinggakan lelap dalam buaian ditengah sunyinya malam,

malam ini biarkan saja jasadku sendiri,
mengecup sepi,
meleraikan janji,
menambat hati,
sendiri.

Amirul Azis

1 ulasan: